Tidak dapat menghadiri Kelas Online anda? Layari material alternatif yang memaparkan video pembelajaran bersesuaian dengan silibus pendidikan negara. Pelbagai medium seperti rancagan TV Pendidikan kepada Video Online dan Applikasi Mudah Alih yang percuma untuk segenap lapisan masyarakat!
DidikTV KPM ialah stesen televisyen pendidikan yang menyiarkan pelbagai rancangan untuk pelbagai subjek sekolah rendah dan menengah untuk semua. Buat warga B40, kerajaan turut menyediakan dekoder percuma. Semak kelayakan anda melalui SMS: MYTV<ruang>DEKODER<ruang>IC No dan hantar kepada 15888
Pembelajaran dan aktiviti prasekolah ke Tingkatan 5 yang selaras dengan sukatan pelajaran nasional menanti anda merangkumi subjek asas seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.
Kompilasi video Youtube warga pendidik di Malaysia yang menepati silibus pendidikan tanah air melalui kempen #UntukMalaysia. Turut memuat naik video Pendidikan Khas buat mereka yang memerlukan!
Portal eBuku Malaysia ini menyediakan lebih 2,000 eBuku percuma untuk menggalakkan budaya membaca oleh segenap masyarakat. Manfaatkan masa anda dengan aktiviti berfaedah dan buat ujikaji dan latihan peperiksaan.