YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan peranti, data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah untuk belajar dari rumah.
Golongan B40 akan menerima bantuan kredit telekomunikasi sebanyak RM 180 seorang bermula Mac 2021. Penerima boleh menggunakan bantuan kredit telekomunikasi bagi melanggan perkhidmatan internet atau menampung sebahagian kos bagi pembelian telefon pintar yang baru.
Belanjawan 2021 memperuntukkan RM150 juta untuk pembelian komputer riba kepada 150 ribu murid kurang berkemampuan di 500 buah sekolah bermula Februari 2021. Pembiayaan kos ini disumbangkan oleh syarikat GLC dan GLIC ke dalam Tabung CERDIK yang diselia oleh Yayasan Hasanah.