Menyesuaikan diri dengan norma baharu pembelajaran digital bukanlah sesuatu yang mudah. Keadaan sekeliling kita mungkin tidak kondusif untuk belajar seperti di sekolah. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga boleh mengakibatkan kebuntuan, stress dan masalah kemurungan. Ambil inisiatif untuk menjaga kesihatan mental kita dengan pelbagai bantuan yang disediakan.