#JomEducate adalah hasil idea saudari Ajjrina Annuar. Beliau bukanlah dari golongan pendidik tanah air, namun merupakan ibu yang mengharapkan kepada pendidikan yang berkesan untuk masa depan anak anak. Beliau mula mengumpul usaha-usaha Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, dan syarikat-syarikat perniagaan bagi memudahkan para pelajar untuk mendapat carian dan maklumat dalam norma baharu pendidikan digital.
#JomEducate mungkin bermula dengan aspirasi seorang ibu, namun ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia yang mahukan pendidikan berkualiti dan berterusan dalam norma baharu. Ia bukanlah titik penyelesaian namun dianggap sebagai pemangkin untuk usaha yang lebih besar ke arah pendidikan yang lebih berkesan untuk semua.
#JomEducate bukan sekadar satu hashtag. Ia tidak mencari salah sesiapa namun sebaliknya mengajak rakyat bersatu menyampaikan maklumat kepada semua, agar jurang pendidikan dapat kita atasi secara kolektif dan bersama.
#JomEducate rakyat tentang inisiatif pembelajaran digital yang percuma atau disubdisi oleh kerajaan dan warga Malaysia untuk warga Malaysia!