Buntu dengan kerja rumah atau sukar memahami topik ulang kaji? Manfaatkan bantuan sedia ada! eKelas dan Tutor Online memaparkan pelbagai bantuan yang mempunya kebolehan soal jawab untuk membantu merungkai soalan anda.
BACflix merupakan portal pembelajaran dalam talian percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh Kumpulan Pendidikan BAC. Ia menyediakan akses pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar Malaysia berdasarkan silibus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal SPMflix, PT3flix.com, UPSRflix.com, SJKCflix.com, SJKTflix.com dan IGCSEflix.com.
Applikasi "On Demand Tutoring" pertama di Malaysia untuk membantu pelajar dalam ulangkaji di rumah dan menjawab soalan kerja rumah. Kempen #SaveSPM2020 turut memberi bantuan biasiswa buat calon SPM2020 membolehkan pelajar mendapat 20 sesi Tutoring percuma
Murid Cicir adalah pelajar Tahun 1 - Tahun 6 yang gagal menguasai asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Laporkan Murid Cicir dan team #UntukMalaysia akan membantu melalui intervensi khusus selama 10 bulan.
Sekiranya anda merupakan Calon SPM2021 di Wilayah Persekutuan, dapatkan akses percuma sekarang atas tajaan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi membatu calon peperiksaan.
Platform pengajaran dan pembelajaran Sasbadi ini menawarkan nota komprehensif, praktis topikal dan kertas ujian, sistem permarkahan secara automatik dan laporan prestasi, video pengajaran, dan sistem pembelajaran kendiri. Program CSR SPM merupakan kolaborasi antara Sasbadi, Huawei dan TM One untuk menyediakan akses percuma ke akaun i-LEARN Ace SPM kepada setiap calon SPM 2020 sehingga Mac 2021.