YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan peranti, data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah untuk belajar dari rumah.
Inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi:
Tawaran istimewa dari syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, uMobile dan TM Unifi untuk calon SPM dan STPM sehingga April, 2021.
Internet percuma di 130 Pusat Perumahan Rakyat (PPR) sehingga April, 2021
Lanjutan kemudahan data 1 gigabit (GB) percuma
#InternetUntukSemua adalah projek menyediakan bekalan data internet percuma selama 1-3 bulan kepada 1,000 pelajar dan siswa dari kalangan B40 yang memerlukan.