Masalah kesihatan dan kecelaruan mental kini menimpa 1 dalam setiap 3 rakyat Malaysia. ‘Buku Panduan Kesihatan Mental’ ditulis untuk bacaan mudah dengan pelbagai maklumat grafik dan ilustrasi yang menjadikan subjek ini tidak terlalu ‘klinikal’.
Talian Buddy Bear ialah sebuah pilihan yang selamat dan percuma untuk anak-anak berusia 18 tahun ke bawah bercerita atau mengadu sebarang isu yang mereka hadapi semasa pandemik Covid-19.
Malaysian Mental Health Association (MMHA) ingin membantu mereka yang berdepan dengan tekanan emosi akibat dari pandemik yang berlarutan dan menawarkan khidmat sesi kaunseling dalam talian secara percuma (1 x sesi 30 minit).
Talian Kasih menawarkan perkhidmatan kaunseling atau sebarang aduan terhadap kes penderaan, memerlukan perlindungan atau apa sahaja isu yang berkaitan dengan keselamatan.
Befrienders adalah Badan Bukan Kerajaan yang menawarkan sokongan emosi 24/7 kepada mereka yang stress, kemurungan atau ingin membunuh diri. Identiti pemanggil tidak diketahui dan semua yang dikongsi adalah sulit.